Monday, November 3, 2008

Warna-warna kehidupan


Penggemar modifikasi kereta sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memenuhi kepuasan hobi mereka.






En. Munzir Zakaria adalah di antara penggemar hobi modifikasi kereta ini. Pada awalnya hanya sekadar mencuba tetapi setelah mendapat galakan daripada kawan-kawan beliau mula serius di dalam hobi ini.







Enjin merupakan nadi utama dalam menentukan keupayaan kereta untuk memecut dengan lebih laju.








Pada hujung minggu atau hari kelepasan am kebanyakan penggiat hobi modifikasi kereta ini berkonvoi beramai-ramai.


Jika anda peminat modifikasi kereta, artikel ini berkenaan dengan hobi yang menjadi kegilaan anak muda sekarang. Toyota L.E ini adalah antara segelintir kereta yang telah berjaya menggunakan enjin supercharger 1600cc dengan sah. Pemiliknya ialah Munzir Zakaria salah seorang penuntut di IPT tempatan.

Walaupun enjin asal kereta ini boleh dikatakan cukup berkuasa namun ia masih belum cukup gagah untuk bersaing dengan rakan-rakannya yang menggunakan enjin CB-70 GTIi ataupun enjin 4E Toyota. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Munzir telah memutuskan untuk menggunakan kit turbo custom kepada enjin kereta beliau. Proses pengubahsuaian bermula dengan menggantikan omboh-omboh asalnya kepada omboh yang diambil dari enjin B6 Turbo keluaran Mazda bagi merendahkan tekanan enjin. Seterusnya, turbin IHI RHB-5 yang juga milik Mazda, tetapi dari model B8 pula digunakan sebagai pendesak pilihan. Turbin berkenaan dipadankan pada enjin dengan memasangnya pada sebuah manifold "banana" rekaan custom. Aksesori lain yang digunakan bagi melengkapkan kit ini ialah sebuah intercoolerVR4 RS, injap blow-off HKS Super SQV, tangki perangkap pelincir GReddy dan penapis udara HKS

Kotak gear standard yang sedia ada diperkukuhkan sedikit dengan pemadanan klac separa perlumbaan dari Triniti. Pengubahsuaian enjin NA ke turbo ini agak baru dilakukan. Munzir amat bertuah kerana berkawan dengan seorang "runner" barangan half-cut di bengkel Dream Machine, Pandan Indah. Proses pengubahsuaian dimulakan dengan mendapatkan half-cut dan bodykit lengkap.Dari half-cut tersebut, pemilik juga telah berjaya mendapat penyerap hentak boleh laras OEM dan sistem brek ASS yang boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Pencarian seterusnya menemukan beliau dengan strut bar Tanabe untuk bahagian hadapan dan Cusco untuk bahagian belakang, satu lagi aksesori yang cukup eksotik.

Rim asal 14" tidak digunakan tetapi diganti dengan set rim Advan RG 16 inci dengan tayar Pirelli Dragon dan Bridgestone Potenza RE-01, masing-masing bersaiz 205/45. Untuk bahagian dalamannya pula, sebuah meter boost A'PEXi dan turbo timer HKS digunakan bagi menyokong sistem turbo enjin kereta ini. Untuk memainkan irama muzik yang digemari Munzir memilih sistem double DIN Kenwood yang digandingkan pada pembesar suara Pioneer. Untuk pilihan warna, beliau memilih warna pearl white. Bagi pemilik, walaupun beliau memilih hobi yang mahal, namun baginya adalah kepuasan.
Penggiat hobi ini juga dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Aktiviti seperti lumba haram haruslah dielakkan dan amalkan pemanduan yang berhemah. Ingatlah orang yang tersayang.







No comments: