Monday, November 3, 2008

Warna-warna kehidupan


Penggemar modifikasi kereta sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memenuhi kepuasan hobi mereka.






En. Munzir Zakaria adalah di antara penggemar hobi modifikasi kereta ini. Pada awalnya hanya sekadar mencuba tetapi setelah mendapat galakan daripada kawan-kawan beliau mula serius di dalam hobi ini.







Enjin merupakan nadi utama dalam menentukan keupayaan kereta untuk memecut dengan lebih laju.








Pada hujung minggu atau hari kelepasan am kebanyakan penggiat hobi modifikasi kereta ini berkonvoi beramai-ramai.


Jika anda peminat modifikasi kereta, artikel ini berkenaan dengan hobi yang menjadi kegilaan anak muda sekarang. Toyota L.E ini adalah antara segelintir kereta yang telah berjaya menggunakan enjin supercharger 1600cc dengan sah. Pemiliknya ialah Munzir Zakaria salah seorang penuntut di IPT tempatan.

Walaupun enjin asal kereta ini boleh dikatakan cukup berkuasa namun ia masih belum cukup gagah untuk bersaing dengan rakan-rakannya yang menggunakan enjin CB-70 GTIi ataupun enjin 4E Toyota. Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Munzir telah memutuskan untuk menggunakan kit turbo custom kepada enjin kereta beliau. Proses pengubahsuaian bermula dengan menggantikan omboh-omboh asalnya kepada omboh yang diambil dari enjin B6 Turbo keluaran Mazda bagi merendahkan tekanan enjin. Seterusnya, turbin IHI RHB-5 yang juga milik Mazda, tetapi dari model B8 pula digunakan sebagai pendesak pilihan. Turbin berkenaan dipadankan pada enjin dengan memasangnya pada sebuah manifold "banana" rekaan custom. Aksesori lain yang digunakan bagi melengkapkan kit ini ialah sebuah intercoolerVR4 RS, injap blow-off HKS Super SQV, tangki perangkap pelincir GReddy dan penapis udara HKS

Kotak gear standard yang sedia ada diperkukuhkan sedikit dengan pemadanan klac separa perlumbaan dari Triniti. Pengubahsuaian enjin NA ke turbo ini agak baru dilakukan. Munzir amat bertuah kerana berkawan dengan seorang "runner" barangan half-cut di bengkel Dream Machine, Pandan Indah. Proses pengubahsuaian dimulakan dengan mendapatkan half-cut dan bodykit lengkap.Dari half-cut tersebut, pemilik juga telah berjaya mendapat penyerap hentak boleh laras OEM dan sistem brek ASS yang boleh dikatakan agak sukar untuk ditemui. Pencarian seterusnya menemukan beliau dengan strut bar Tanabe untuk bahagian hadapan dan Cusco untuk bahagian belakang, satu lagi aksesori yang cukup eksotik.

Rim asal 14" tidak digunakan tetapi diganti dengan set rim Advan RG 16 inci dengan tayar Pirelli Dragon dan Bridgestone Potenza RE-01, masing-masing bersaiz 205/45. Untuk bahagian dalamannya pula, sebuah meter boost A'PEXi dan turbo timer HKS digunakan bagi menyokong sistem turbo enjin kereta ini. Untuk memainkan irama muzik yang digemari Munzir memilih sistem double DIN Kenwood yang digandingkan pada pembesar suara Pioneer. Untuk pilihan warna, beliau memilih warna pearl white. Bagi pemilik, walaupun beliau memilih hobi yang mahal, namun baginya adalah kepuasan.
Penggiat hobi ini juga dinasihatkan agar mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan kerajaan. Aktiviti seperti lumba haram haruslah dielakkan dan amalkan pemanduan yang berhemah. Ingatlah orang yang tersayang.







Gembira

Peserta bersiap sedia untuk ‘berperang’.






Taktik dan penumpuan sangat penting ketika di dalam gelanggang.





Gembira.. Segala penat lelah terbayar sudah.


Serdang - Kolej Tun Perak telah menghantar wakil dalam kejohanan Paintball anjuran Kolej Kelima sempena Pesta Konvokesyen UPM yang lalu. Kejohanan ini disertai oleh semua kolej dan staf pentadbiran UPM. Di dalam pertandingan ini, semua kolej dikehendaki menghantar sekurang- kurangnya dua pasukan. Objektif pertandingan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan staf.

Di dalam pemainan paintball, strategi yang mantap dan taktik serangan yang berkesan membolehkan sesebuah kumpulan itu mengambil bendera di pihak lawan seterusnya melayakkan mereka bergelar juara kumpulan. Permainan ini diadili oleh ’Marsyal’, individu yang bertanggungjawab mengadili seseorang pemain itu samada ’mati’ atau tidak. Jika peluru kena tepat pada sasarannya, dan Marsyal mengesahkannya, pemain itu haruslah keluar dari padang dengan segera.

Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 500 ini, dimenangi oleh Kolej Kelima beserta hadiah iringan. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Azali Mohammed. Kalah atau menang adat pertandingan, apa yang penting adalah semua pasukan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, memetik ucapan beliau semasa perasmiannya.

Sunday, November 2, 2008

Cemas




Gerak.. Siap sedia menggempur.




Tekanan air yang sangat laju mampu menghalang kemaraan perusuh.



Belantan adalah salah satu senjata yang digunakan bagi Polis Anti-Rusuhan


Light Strike Force ( LSF) adalah salah satu unit di dalam PDRM yang ditubuhkan bagi mengawal kecemasan dan rusuhan kecil. Bertindak sebagai pasukan pemerhati sebelum bantuan yang lebih besar tiba. LSF terdiri daripada enam orang anggota berpangkat Konstabel dan Lans Koperal dan diketuai oleh seorang anggota berpangkat Koperal atau Sarjan. Di antara peralatan yang digunakan adalah belantan, perisai dan pakaian lengkap polis anti rusuhan. Kenderaan yang digunakan pula ialah pacuan empat roda jenis Land Rover.

Selepas LSF tidak berupaya menghalang kemaraan perusuh, satu lagi unit yang lebih besar akan tiba iaitu PORU ( Public Order Riot Unit). Umumnya, pasukan ini terdiri daripada anggota Pasukan Gerak AM ( PGA) yang dilatih khusus untuk menangani rusuhan. Terdiri daipada 18 anggota dan diketuai seorang anggota berpangkat Inspektor. Senjata api digunakan dalam unit ini bagi melancarkan bom asap dan peluru getah selain daripada senjata yang digunakan oleh polis anti rusuhan.

Jika kedua-dua unit ini tidak mampu untuk menangani rusuhan tersebut, barulah Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU) tiba. Gabungan kedua-dua unit, LSF dan PORU akan berjaya menyekat kemaraan perusuh. Trup FRU terdiri daripada 35 orang anggota dan diketuai oleh seorang anggota berpangkat ASP. Perusuh akan dileraikan dengan pancutan air dengan kelajuan yang sangat tinggi sebelum peluru hidup digunakan jika perusuh berjaya melepasi benteng pertama.

Hujan emas di negeri orang.




Bergambar berlatang belakangkan Palmerston North.





Saujana mata memandang. Sungguh indah ciptaan tuhan
Saujana mata memandang.. Sungguh indah cipataan tuhan.


Malaysia.. Bawaku pulang.



Hidup diperantauan membawa 1001 erti dan pengalaman. Kehidupan yang penuh dengan pancaroba harus ditempuhi bagi mencari sesuap nasi. Ahmad Solehin Sakiban, jurutera sivil mula berkhidmat dengan IJM Corporation 15 tahun yang lalu. Pernah ditawarkan untuk menerajui Petronas tetapi beliau menolak kerana lebih selesa dengan kerjayanya kini. Beliau terpaksa akur dengan kehendak pengurusan syarikat kerana beliau perlu ke luar negara bagi menguruskan anak syarikat IJM di sana.



Pertama kali menjejakkan kaki di negara orang, senarionya sangat berbeza. Masjid, itulah destinasi yang harus ditujui. Mengingat pesan orang tuanya, walau di mana jua kita berada, agama adalah pegangan hidup yang hakiki. Berada di tengah-tengah bandar di mana majoriti penduduknya beragama Kristian merupakan satu cabaran yang perlu di tempuh. Lebih-lebih lagi selepas peristiwa 11 September, gejala ’Islamifobia’ semakin menular di segenap Eropah


Walau apapun cabarannya, itu semua tidak menghalang daripada menjalani kehidupan sebagai seorang insan bernama manusia. Apa yang penting, semangat dan beriltizam untuk memajukan diri.






.