Taktik dan penumpuan sangat penting ketika di dalam gelanggang.
Gembira.. Segala penat lelah terbayar sudah.
Serdang - Kolej Tun Perak telah menghantar wakil dalam kejohanan Paintball anjuran Kolej Kelima sempena Pesta Konvokesyen UPM yang lalu. Kejohanan ini disertai oleh semua kolej dan staf pentadbiran UPM. Di dalam pertandingan ini, semua kolej dikehendaki menghantar sekurang- kurangnya dua pasukan. Objektif pertandingan ini secara tidak langsung dapat menggalakkan gaya hidup yang sihat dan mengeratkan silaturrahim antara pelajar dan staf.
Di dalam pemainan paintball, strategi yang mantap dan taktik serangan yang berkesan membolehkan sesebuah kumpulan itu mengambil bendera di pihak lawan seterusnya melayakkan mereka bergelar juara kumpulan. Permainan ini diadili oleh ’Marsyal’, individu yang bertanggungjawab mengadili seseorang pemain itu samada ’mati’ atau tidak. Jika peluru kena tepat pada sasarannya, dan Marsyal mengesahkannya, pemain itu haruslah keluar dari padang dengan segera.
Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai RM 500 ini, dimenangi oleh Kolej Kelima beserta hadiah iringan. Hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Prof. Dr. Azali Mohammed. Kalah atau menang adat pertandingan, apa yang penting adalah semua pasukan telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, memetik ucapan beliau semasa perasmiannya.
No comments:
Post a Comment