Tekanan air yang sangat laju mampu menghalang kemaraan perusuh.
Belantan adalah salah satu senjata yang digunakan bagi Polis Anti-Rusuhan
Light Strike Force ( LSF) adalah salah satu unit di dalam PDRM yang ditubuhkan bagi mengawal kecemasan dan rusuhan kecil. Bertindak sebagai pasukan pemerhati sebelum bantuan yang lebih besar tiba. LSF terdiri daripada enam orang anggota berpangkat Konstabel dan Lans Koperal dan diketuai oleh seorang anggota berpangkat Koperal atau Sarjan. Di antara peralatan yang digunakan adalah belantan, perisai dan pakaian lengkap polis anti rusuhan. Kenderaan yang digunakan pula ialah pacuan empat roda jenis Land Rover.
Selepas LSF tidak berupaya menghalang kemaraan perusuh, satu lagi unit yang lebih besar akan tiba iaitu PORU ( Public Order Riot Unit). Umumnya, pasukan ini terdiri daripada anggota Pasukan Gerak AM ( PGA) yang dilatih khusus untuk menangani rusuhan. Terdiri daipada 18 anggota dan diketuai seorang anggota berpangkat Inspektor. Senjata api digunakan dalam unit ini bagi melancarkan bom asap dan peluru getah selain daripada senjata yang digunakan oleh polis anti rusuhan.
Jika kedua-dua unit ini tidak mampu untuk menangani rusuhan tersebut, barulah Pasukan Simpanan Persekutuan ( FRU) tiba. Gabungan kedua-dua unit, LSF dan PORU akan berjaya menyekat kemaraan perusuh. Trup FRU terdiri daripada 35 orang anggota dan diketuai oleh seorang anggota berpangkat ASP. Perusuh akan dileraikan dengan pancutan air dengan kelajuan yang sangat tinggi sebelum peluru hidup digunakan jika perusuh berjaya melepasi benteng pertama.
No comments:
Post a Comment